suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raffi Ahmad akui ubah sikap 'playboy' selepas lihat isteri menangis - “Awal nikah saya jarang pulang awal”

Raffi berubah selepas melihat isterinya menangis dalam bilik.

PELAKON dan penyanyi Raffi Ahmad membuat pengakuan bahawa dia pernah berlaku curang terhadap isterinya iaitu Nagita Slavina ketika awal pernikahan mereka.

Memetik laporan Liputan6, dia mengakui ketika itu dirinya belum matang dan kerap pulang ke rumah lewat malam namun mula berubah selepas melihat isterinya menangis.

Melihat anak mereka semakin membesar, Raffi yang juga seorang pengacara memberitahu dia perlu menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang bapa.

"Ya (curang), ketika awal pernikahan boleh dikatakan belum terlalu matang lagi. Dahulu, saya jarang pulang rumah awal... selalunya akan pulang dalam pukul dua pagi.

"Pernah sekali, saya balik dan buka pintu bilik... saya melihat dia sedang menangis. Sejak itu, saya bertaubat dan berasa syukur Allah pertemukan saya dengan isteri.



Raffi mahu tunjuk contoh yang baik kepada anaknya.

"Anak saya pun sudah lima tahun, saya melihat anak sudah membesar. Jadi, sepatutnya sebagai seorang bapa... saya kena tunjukkan contoh yang baik kepada anak saya," katanya.

Dalam pada itu, Raffi berkata dia tidak pernah berasa menyesal dengan kesalahan yang dilakukan namun menganggap ia sebagai pembelajaran dalam hidupnya untuk menjadikan dirinya lebih dewasa.

"Saya tidak menyesal dengan kesalahan itu tapi saya jadikan ia sebagai pembelajaran dalam hidup saya. Disebabkan kesilapan itu, menjadikan saya lebih dewasa," ujarnya.

Pelakon filem Kesempatan Keduda ini mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rafathar Malik Ahmad yang berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain