suria

Billboard namakan BTS Bintang Pop Terhebat 2020 sebaris Michael Jackson, Madonna

Pencapaian BTS dalam aliran muzik arus perdana tidak dapat dinafikan lagi.

SELEPAS dipilih sebagai artis K-Pop paling diminati menerusi kajian yang dibuat oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, kumpulan BTS sekali lagi mencipta sejarah tersendiri.

Memetik laporan Soompi, Billboard menamakan BTS sebagai Bintang Pop Terhebat 2020 sekaligus menyertai artis legenda mendiang Michael Jackson dan Madonna dalam senarai ikonik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS dan Lee Min Ho selebriti paling berharga Korea Selatan

Menurut Pembantu Pengarang Eksekutif Billboard iaitu Nazareno, pencapaian BTS yang berjaya meledak seiring nama besar penyanyi Barat yang lain tidak dapat dinafikan lagi.

"Memandangkan karya bukan Inggeris selalunya ditolak ke kategori luar negara, tahap pengiktirafan sebegini kepada kumpulan Korea daripada media Barat adalah sangat besar.



BTS dipilih sebagai Bintang Pop Terhebat 2020.

"BTS membuatkan warga Amerika Syarikat sukar menafikan kelayakan mereka dalam industri muzik arus perdana. Dan sekarang mereka sudah didengari, agak menyedihkan apabila banyak lagu pop klasik yang kita terlepas sebab kekangan bahasa," katanya.

Gelaran Bintang Pop Terhebat adalah tradisi Billboard sejak 1981 lagi untuk menobatkan artis yang paling menyinar sepanjang tahun.

Antara nama yang turut memenanginya iaitu Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Eminem, Beyoncé, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake, dan Ariana Grande.

Billboard menyorotkan pencapaian bersejarah BTS sepanjang tahun 2020 dan ia termasuk menjadi artis Korea pertama dicalonkan di Anugerah Grammy, mendapat nombor satu dalam carta Hot 100 Billboard, lagu Korea pertama nombor satu dalam Hot 100 menerusi Life Goes On.

Dalam pada itu, BTS terus menarik perhatian ramai selepas diumumkan antara penghibur yang bakal membuat persembahan di Anugerah Grammy tahun ini pada 15 Mac depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain