suria

One Direction sambut ulang tahun ke-10, Zayn Malik didakwa lupa asal usul - “Adakah tahun sebelum ini tak bermakna buat kamu?”

Zayn Malik tidak memuat naik sebarang ucapan sempena ulang tahun ke-10 kumpulan One Direction. Foto: NYPOST

BAGI meraikan satu dekad perjalanan dalam industri muzik, anggota kumpulan One Direction berkongsi video dan foto menarik mengimbau kenangan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila bekas ahli kumpulan iaitu Zayn Malik tidak memuat naik sebarang posting berkaitan ulang tahun berkenaan.

Gara-gara itu, kekasih kepada model terkenal Gigi Hadid ini mula menjadi sebutan kerana tidak memberikan ucapan seolah-olah melupakan kumpulan yang mempopularkannya.

"Sedih tengok Zayn tak muat naik apa-apa tentang One Direction. Adakah tahun sebelum ini tak bermakna buat kamu?," komen salah seorang pengikut di Instagram.

Hasil carian di akaun tersebut mendapati foto terakhir yang dikongsi Zayn ialah mengenai isu Black Live Matter pada 3 Jun lalu.

Bersempena ulang tahun ke-10, One Direction yang dianggotai oleh Liam Payne, Niall Horan, Louis Tomlinson, dan Harry Styles memuat naik video istimewa untuk peminat di laman YouTube.

Video tersebut menerima lebih 10 juta tontonan dan trending sejak Khamis lalu.

Pada 2015, Zayn Malik mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut dan bergerak secara solo.

SUMBER: NY POST



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zayn Malik, One Direction

Artikel Lain