suria

Galih Ginanjar dipenjara hina kemaluan bekas isteri... Barbie Kumalasari mahu cerai kerana tiada nafkah!

Barbie dan Galih berkahwin secara rahsia.

PELAKON Barbie Kumalasari memaklumkan rumah tangganya dengan Galih Ginanjar tidak dapat diselamatkan lagi dan akan berakhir dengan penceraian.

Menurut laporan Solopos, Barbie berkata perpisahannya dengan Galih tidak perlu melalui proses di jabatan agama kerana pernikahan mereka diadakan secara rahsia tanpa sebarang pendaftaran formal.

"Iya kalau mahu berpisah, berpisah saja sebab nikah pun secara rahsia. Kita nikah sudah satu tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes hina kemaluan bekas isteri berakhir... Galih Ginanjar, dua 'Youtubers' dihukum penjara!

"Kalau kita mahu berpisah saya hanya perlu cakap pada Galih.

"Iyalah kalau kahwin rahsia macam itulah... sekarang sudah tidak dapat nafkah!," katanya.

Sementara itu, Barbie mengakui masih belum menerima persetujuan daripada Galih untuk bercerai, namun dia nekad untuk tidak lagi meneruskan hubungan perkahwinan itu.

"Belum ada jatuh talak lagi tapi ibaratnya sekarang terserah saya.

"Sama ada mahu mahu terus bersama atau saya ada pilihan lain. Itu semua terpulang pada saya!," ujarnya.

Pada 13 April lalu, Mahkamah Jakarta Selatan Indonesia menjatuhkan hukuman kepada Galih Ginanjar kerana menghina kemaluan bekas isteri.

Bekas suami kepada Fairuz A Rafiq itu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan.

Manakala dua lagi YouTuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua menerima hukuman setahun empat bulan dan setahun lapan bulan.

Artikel Lain