suria

Wow! Ini 5 artis Korea miliki kediaman mewah bernilai jutaan ringgit

Lima selebriti Korea Selatan miliki kediaman mewah.

MENERIMA pendapatan lumayan sebagai penyanyi dan pelakon, jadi tidak mustahil golongan ini mampu memiliki kediaman mewah dan mengumpul harta bernilai jutaan ringgit.

Jom kita intai lima selebriti Korea Selatan yang memiliki kediaman mewah!

1. TOP Big Bang

Top dikatakan memiliki sebuah rumah di kawasan elit di Hannam-dong, Seoul. Pada awalnya penyanyi ini dikatakan sekadar menyewa di kawasan berkenaan, namun setelah beberapa bulan dia membeli rumah tersebut.

Rumah tersebut memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik mandi. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan fasiliti lengkap seperti gimnasium, tempat latihan golf, kolam renang serta home theater.

Paling istimewa, rumah tersebut memiliki pemandangan indah menghadap Sungai Han.

Rumah tersebut menerima sentuhan moden dan mempunyai sistem keselamatan terbaik bersesuaian dengan harganya sekitar AS$3.5 juta (RM15.2 juta).

2. Kim Jun-su

Junsu adalah ahli kumpulan JYJ yang menerima pendapatan tertinggi sebagai penyanyi. Dia dikatakan membeli rumah di kawasan elit terletak di Winsle County Town House, Gyeonggi-do, Seoul.

Rumah tiga tingkat dengan rekaan moden klasik itu mempunyai sistem keselamatan yang sangat ketat sehinggakan orang luar tidak mudah untuk memasuki kawasan berkenaan.

Hasil carian mendapati kediaman mewah itu bernilai hampir RM7 juta.

3. BoA

Memulakan karier nyanyian sejak berusia 13 tahun, jadi tidak mustahillah Boa membeli rumah mewah tersebut.

Kediaman mewah yang terletak di kawasan elit Sangji Ritzville, Gagnam, itu dilengkapi tiga bilik tidur dan tiga bilik mandi.

4. Jang Geun Suk

Selain memiliki banyak koleksi kereta mewah, Jang Geun Suk juga membeli sebuah rumah mewah di daerah Nonhyeon, Korea Selatan.

Kediaman tersebut dilengkapi pelbagai fasiliti lengkap termasuklah kafe peribadi.

Harga rumah tersebut dikatakan bernilai AS$4 juta (RM17 juta)

5. Jessica Jung

Bekas anggota kumpulan SNSD kini bergelar usahawan dikatakan memiliki kediaman mewah di kawasan Gangnam.

Rumah ini terletak berdekatan pejabat urusan SM Entertainment.

Ia memiliki taman peribadi yang dibina khas untuk penghuni.

SUMBER: 99.co

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain