suria

Dituduh ubah wajah, Hailey Bieber nafi jalani pembedahan plastik

Netizen membandingkan gambar Bieber yang disunting jurusolek.

HAILEY Bieber menegaskan bahawa dia tidak pernah menjalani pembedahan plastik di wajahnya dan meminta netizen berhenti menggunakan gambarnya yang telah disunting.

Hailey, 23, tampil mempertahankan diri di laman Instagram setelah satu entri dikongsi netizen mengatakan dia pernah menjalani pembedahan plastik dan membandingkan wajahnya pada 10 tahun lepas dan kini.

"Berhenti gunakan foto yang telah disunting jurusolek.

"Saya tidak pernah menyentuh wajah saya jadi jika anda mahu mencuba untuk membandingkan wajah saya pada usia 13 tahun dan pada usia sekarang, sekurang-kurangnya gunalah foto yang nampak lebih semula jadi yang tidak disunting terlalu banyak," tegasnya di ruangan komen akaun tersebut.

Walaupun respon yang diberi isteri kepada Justin Bieber itu penuh amarah, dia kelihatan tenang berkongsi selfie di akaun Instagram miliknya dengan mekap minimal tidak lama selepas isu itu bangkit.

Sumber: Daily Mail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hailey Bieber

Artikel Lain