suria

Skeet Ulrich 'kantoikan' hubungan cinta Lili Reinhart dan Cole Sprouse sudah berakhir

Skeet seakan-akan beri gambaran mengenai hubungan cinta Lili dan Cole.

PELAKON Skeet Ulrich seakan-akan memberi gambaran mengenai hubungan cinta pasangan selebriiti Cole Sprouse dan Lili Reinhart sudah berakhir.

Memetik laporan Hollywoodlife, Skeet dan kekasihnya iaitu Megan Blake Irwin secara tidak sengaja mendedahkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan daripada peminat mengenai pasangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Percintaan dua tahun Cole Sprouse dan Lili Reinhart berakhir

"Mereka berdua pernah menjadi pasangan yang serasi," kata Skeet menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) baru-baru ini.



Netizen kongsi video Skeet dan kekasih terlepas cakap mengenai hubungan Lili dan Cole.

Kenyataan Skeet itu menguatkan lagi khabar angin mengenai Lili dan Cole sudah berpisah.

Malah, peminat bertambah bimbang apabila melihat foto Cole keluar dari kereta bersama model Kaia Geber di Los Angeles pada Selasa lalu.

Pada Julai tahun lalu, Lili dan Cole pernah dikatakan mengambil keputusan untuk berpisah namun mereka tampil menafikan khabar angin tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain