suria

Abang Isa Khan, Aliff Alli didakwa kaki pukul selepas bekas isteri ambil tindakan undang-undang

Aliff dilarang bertemu dengan anaknya dan Aska kerana bimbang kejadian sama berulang.

KISAH abang kepada pelakon Isa Khan iaitu Aliff Alli Khan bercerai dengan bekas isterinya, Aska Ongi selepas kurang setahun berkahwin pernah mendapat perhatian pada awal Januari lalu.

Kini nama Aliff Alli kembali hangat diperkatakan apabila dia didakwa melakukan keganasan terhadap bekas isterinya ketika wanita tersebut sedang hamil anak mereka.

ARTIKEL BRKAITAN: Adik Isa Khan bercerai selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia dengan instafamous Indonesia

Memetik laporan Wowkeren dan Insertlive, Aska yang diwakili peguam, Sunan Kalijaga mendakwa Aliff sebenarnya seorang pemabuk dan mempunyai perangai buruk.



Antara kecederaan yang dialami Aska selepas Aliff didakwa mengasarinya.

Malah, Aliff juga didakwa pernah melakukan perkara yang sama iaitu mengasari bekas isterinya sebelum mengahwini Aska iaitu Nora Alexandra.

"Ya, dia dianiaya oleh bekas suami yang juga seorang pemabuk. Aliff juga pernah melakukan hal yang sama (keganasan rumah tangga) kepada bekas isterinya sebelum ini, Nora Alexandra," katanya.

Menurutnya lagi, Nora juga berbesar hati untuk membantu memberikan keterangan berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu Sunan memberitahu bahawa Aliff dilarang untuk bertemu dengan anaknya bersama Aska kerana bimbang berlaku kejadian yang sama.

Dia tidak mempunyai keizinan untuk bekerja dan sekarang dia hanya pakai pasport untuk melancong.

SUNAN KALIJAGA

PEGUAM

Difahamkan Aska turut membuat laporan terhadap imigresen memandangkan pelakon yang berasal dari Malaysia itu tidak memiliki permit kerja sah.

"Dia tidak mempunyai keizinan untuk bekerja dan sekarang dia hanya pakai pasport untuk melancong. Sedangkan dia ada terbabit dalam pelbagai sinetron di sini," ujarnya.

Sebelum ini, Aska membuat pendedahan dia sudah bercerai dengan Aliff selepas peminat bertanyakan mengenai status perkahwinan mereka di ruang komen salah satu foto yang dikongsikan di Instagram.



Sebelum ini, Aska membuat pendedahan rumah tanggannya dengan Aliff sudah berakhir.

Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan pasangan itu berhadapan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.

Sebelum ini, Aliff pernah berkahwin dengan model bernama Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain