suria

Sia ambil dua orang anak angkat lelaki sejak Mei tahun lalu

Sia gembira ada dua orang anak angkat yang dijaga sejak tahun lalu.

PENYANYI Sia mendedahkan dia ada mengambil dua orang anak angkat lelaki yang ketika itu berusia 18 tahun pada 19 Mei tahun lalu.

Memetik laporan dari Hollywoodlife, penyanyi lagu The Chandelier ini memberitahu dia mengambil dua orang anaknya itu dari rumah anak yatim.

"Saya sebenarnya sudah mengambil dua orang anak angkat lelaki pada tahun lalu. Ketika saya ambil mereka berusia 18 tahun dan kini sudah mencecah 19 tahun.

"Mereka berdua berasal dari rumah anak yatim dan saya sangat sayangkan mereka," kata Sia menerusi temu bual bersama stesen radio Sirius XM’s The Morning Mash Up.

Sia pernah berkahwin dengan pengarah filem Erik Lang namun mereka berpisah pada 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sia, anak angkat

Artikel Lain