suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David dan Victoria Beckham beli sos Big Mac di eBay sepanjang tempoh berkurung

Keluarga Beckham merupakan peminat rantaian makanan ringan McDonald's.

SEPANJANG tempoh perintah berkurung di United Kingdom, warga Britain tidak dapat menikmati makanan ringan McDonald's.

Bagaimanapun, keluarga Beckham dilaporkan membeli sos Big Mac dalam kuantiti yang banyak untuk stok sepanjang tempoh kuarantin di sana.

"Semua orang kehilangan sesuatu yang istimewa semasa perintah berkurung dan ini adalah salah satu item istimewa tersebut untuk keluarga Beckham.

"Mereka memang meminati rangkaian makanan segera itu.

"Mereka sebuah keluarga yang merendah diri walaupun mereka mempunyain gaya hidup mewah," ujar sumber The Sun.

McDonald's melancarkan sos Big Mac dan ia boleh dibeli secara berasingan untuk dinikmati bersama menu lain selain Big Mac.

The Sun turut melaporkan keluarga Beckham mendapatkan bekalan sos burger itu dari Ebay dan dihantar ke rumah agam Costwolds mereka.

Sumber: Daily Mail

Artikel Lain