suria

Bergelar mualaf... 5 selebriti Indonesia teruja sambut Ramadan dan Syawal tahun ini!

Lima selebriti popular Indonesia ini memilih memeluk agama Islam dan meraikan Ramadan dan Syawal buat pertama kali tahun ini.

PERTAMA kali berpuasa di bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri merupakan pengalaman cukup bermakna buat saudara baharu ini.

Meskipun masih mempelajari ilmu agama, mereka mengakui teruja dapat meraikan bulan mulia umat Islam ini.

Jom kita semak lima selebriti Indonesia yang baru memeluk agama Islam dan menyambut Ramadan serta lebaran tahun ini.

1. Marcella Simon

Marcella Simon mengumumkan dia memeluk Islam pada bulan September tahun lalu menerusi laman Instagram.

Marcella berkata dia sedang mempelajari ilmu agama bersama beberapa sahabat dan ustaz.

Tahun ini merupakan kali pertama dia menjalani ibadah puasa dan menyambut lebaran sebagai Muslim.

2. Deddy Corbuzier

Deddy Corbuzier mengejutkan peminat apabila mengumumkan dia memeluk Islam pada Jun tahun lalu.

Dia mengucapkan dua kalimah syahadah di sebuah pusat pengajian agama di Sleman, Yogyakarta, Indonesia.

Menurut Deddy, tahun ini merupakan tahun istimewa buat dirinya kerana dia menjalani ibadah puasa dan meraikan hari raya Aidilfitri.

3. Roy Geurts, kekasih Cita Citata

Kekasih Cita Citata ini memeluk agama Islam pada bulan lepas.

Jejaka berasal dari Belanda ini dikabarkan akan bernikah dengan Cita Citata dalam masa terdekat.

Ini merupakan tahun pertama dia berpuasa dan mengakui berdepan cabaran sepanjang tempoh menjalani ibadah tersebut.

4. Monica Imas, isteri Rizal Armada

Isteri kepada Rizal Armada ini meraikan hari kebesaran umat Islam buat pertama kali pada tahun ini.

Monica memeluk agama Islam pada Jun tahun lalu.

Dia dan suami menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada awal Januari lalu.

5. Marcell Darwin

Marcell Darwin memeluk Islam sebelum bernikah dengan isterinya Nabila Faisal pada awal Januari lalu.

Tahun ini merupakan pengalaman pertama Marcell menjalani ibadah puasa dan meraikan hari raya bersama isteri.

SUMBER: Merdeka.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain