suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez beli banglo mewah milik Tom Petty bernilai RM21 juta

Selena bakal berjiran dengan selebriti terkenal antaranya Vin Diesel.

MEMPUNYAI pendapatan lebih 60 juta USD tahun lalu, penyanyi Selena Gomez dikhabarkan baru sahaja membeli sebuah banglo dengan bernilai 4.9 juta USD (RM21 juta).

Menerusi laporan Variety, banglo mewah tersebut mempunyai enam bilik tidur dan 10 bilik air yang terletak di Encino, San Fernando Valley.

Selena Gomez.

Selena juga akan berjiran dengan beberapa selebriti terkenal iaitu Vin Diesel, Logan Paul, James Charles dan Rebecca Zamolo.

Menerusi laman Twitter, pengarah Joseph Kahn pernah meluahkan hasrat untuk membeli rumah tersebut.

Kediaman itu merupakan rekaan penyanyi Tom Petty bersama isterinya, Jane Benyo yang turut menetap di situ sekitar 1989. 

Selena Gomez, Tom Petty

Artikel Lain