suria

Dituduh guna aplikasi sunting foto untuk nampak cantik... Inul Daratista tunjuk wajah asli!

Inul nafi guna aplikasi atau filter untuk cantikkan wajah di Instagram.

PENYANYI Inul Daratista menjelaskan dia tidak penah menggunakan sebarang aplikasi suntingan pada foto yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut laporan Hot Detik, Inul berkata foto yang dikongsi di Instagram itu adalah asli tanpa sebarang filter atau suntingan khas.

"Ada yang kata saya pakai aplikasi, tak ada! Ini kamera biasa ya.

"Kalau ada yang kata ini pakai aplikasi... cubalah beli handphone yang bagus," kata Inul menerusi satu rakaman video di Instagram.

Dalam video tersebut, Inul turut memperlihatkan seluruh bahagian pada wajahnya dan meminta pengikut membuat perbezaan sama ada ianya hasil suntingan atau asli.

"Katanya pakai aplikasi, wajah tirus, buat pakai apa? Ini asli ni, begitu!," ujarnya.

Meskipun sudah menjelaskan mengenai perkara sebenar, namun masih ada segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif terhadap penyanyi dangdut popular ini.

Ada yang memberitahu wajahnya bukan cantik kerana aplikasi tetapi hasil pembedahan plastik.

Inul Daratista

Artikel Lain