suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jackie Chan nafi dikuarantin akibat terkena jangkitan koronavirus

Jackie Chan dikhabarkan terkena jangkitan koronavirus. Foto: Instagram @/jackiechan.

KHABAR angin mengatakan pelakon Jackie Chan terkena virus korona atau Covid-19 bertebaran sejak minggu lalu.

Ia berpunca daripada video yang tular memperlihatkan aktor itu berada di sebuah majlis yang turut dikawal oleh polis.

Tidak lama kemudian, pihak berkuasa Hong Kong mengesahkan seramai 59 petugas terkena jangkitan daripada majlis berkenaan.

Menerusi laman Instagram peribadinya, Jackie Chan memberitahu bahawa dirinya sehat dan selamat.

Tidak mahu peminat bimbang, Jackie Chan menerusi Instagram miliknya tampil menjelaskan khabar angin itu.

Jackie berkata, dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat.

"Terima kasih atas kebimbangan semua! Saya baik-baik dan sihat sahaja," tulisnya.

Malah, bintang Drunken Master itu turut menafikan dia dikuarantin seperti berita sebelum ini.

"Jangan khuatir, saya tidak dikuarantin. Saya harap semua anda jaga diri dan berada dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Today Online memberitahu khabar Jackey Chan dikuarantin tidak benar.

Menerusi laporan itu, restoran yang dihadiri Jackey Chan dan polis yang terkena jangkitan itu dua lokasi berbeza.

Jackie Chan

Artikel Lain