suria

Selena Gomez anggap pembikinan album 'Rare' seperti mimpi ngeri

Selena Gomez

BIARPUN menganggap pembikinan album terbaharunya berjudul Rare seperti mimpi ngeri, penyanyi Selena Gomez mengambil perkara itu secara positif.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Selena berkata dia mengambil semua perkara yang terjadi pada dirinya sepanjang dua tahun untuk dimasukkan ke dalam album itu.

"Sejujurnya, untuk menghasilkan album ini seperti mimpi ngeri... tapi dengan cara yang terbaik. Dua tahun lalu, saya fikirkan saya sudah bersedia.

Selena masukkan kenangan bersama The Weeknd dan Justin dalam album baharunya.

"Saya kumpulkan semua kenangan tetapi saya tidak ingat separuh daripadanya kerana ia melibatkan setiap tahun.

"Tiba-tiba saya melihat sesuatu yang besar daripada apa yang saya fikirkan dan memuatkannya dalam album ini," katanya.

Selena berhadapan dengan pelbagai dugaan antaranya hubungan cinta dengan The Weeknd berakhir dan kembali bersama dengan penyanyi Justin Bieber pada Oktober 2017.

Sejujurnya, untuk menghasilkan album ini seperti mimpi ngeri... tapi dengan cara yang terbaik. 

SELENA GOMEZ

PENYANYI

Bagaimanapun, hubungan dengan Justin berakhir pada 2018 dan beberapa bulan kemudian penyanyi lagu Yummy itu bertunang dengan model Hailey Baldwin.

Selena mengalami kemurungan selepas mengetahui Justin dan Hailey berkahwin pada 13 September 2018.

Disebabkan itu, Selena mengambil keputusan untuk berehat daripada laman sosial dan aktiviti seni akibat berdepan dengan tekanan dan kemurungan.

Awal Februari tahun lalu, selepas menjalani rawatan akibat tekanan, Selena lebih selesa meneruskan kehidupannya sebagai wanita solo. 

Artikel Lain