suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya seperti sedang terbang” - Yulhee dan Minhwan (FT Island) bakal timang bayi kembar perempuan

Minhwan dan Yulhee teruja bakal timang bayi kembar perempuan.

PASANGAN selebriti Yulhhee dan Minhwan (FT Island) meluahkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahui mereka bakal menimang bayi kembar perempuan.

Menurut laporan Soompi, Minhwan dan Yulhee berkongsi berita gembira itu menerusi rancangan Mr. House Husband.

"Saya memang berharap sangat untuk dikurniakan bayi kembar perempuan. Apabila dapat tahu saya bakal dapat anak kembar perempuan, saya berasakan semua impian sudah tercapai.

"Saya berasa seperti sedang terbang," kata Yulhee.

Manakala Minhwan memberitahu dia tidak sabar untuk membeli pakaian sedondon untuk bayi kembar mereka yang dijangka lahir pada Ogos depan.

Yulhee, Minhwan, FTISLAND

Artikel Lain