Nia Ramadhani pernah sesat dalam rumahnya, harga katil pun cecah RM59,000! - Bintang Global | mStar

Nia Ramadhani pernah sesat dalam rumahnya, harga katil pun cecah RM59,000!

Mewah kehidupan pelakon, Nia Ramadhani sekeluarga.

DIGELAR selebriti semestinya kisah kehidupan mereka sering menarik perhatian masyarakat terutamanya hal peribadi seperti harta yang mereka miliki.

Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Indonesia menerusi sinetron Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani yang sebelum ini membuat pengakuan bahawa dia pernah tersesat di dalam rumahnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner jual kosmetik guna ‘vending machine’

Ibu kepada tiga cahaya mata ini sekali lagi menjadi bualan netizen selepas rakan artisnya, Jessica Iskandar membongkarkan kemewahan yang dimilikinya.

Menurut Jessica, pelakon berusia 29 tahun ini memiliki kekayaan yang luar biasa malah hal itu didedahkan olehnya saat mengunjungi kediaman pelakon itu.

Nia Ramadhani bersama suami serta tiga anaknya.

Jelas Jessica, dia sedikit terkejut selepas melihat saiz kamar serta saiz katil milik rakannya yang bersaiz luar biasa kira-kira 5x2 meter lebarnya.

"Kalau katil kamu bersaiz 5x2 meter bermakna 10 meter lebarnya," kata Jessica menerusi kunjungannya ke kediaman pelakon cantik ini yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Nia Ramadhani kemudian hanya mengiyakan pertanyaan tersebut.

Tambah Jessica lagi, rakannya memberitahu bahawa dia mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia perlukan saiz katil sebesar itu.

Nia Ramadhani kini bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Malah, wanita berasal dari Jakarta, Indonesia ini mengakui keinginan itu datang sewaktu dia sedang hamil anak pertama, Mikhayla Zalindra yang kini berusia 7 tahun.

Menerusi rakaman klip video tersebut, Jessica turut bertanya harga tilam tersebut. Malangnya jelas isteri kepada Ardie Bakrie ini, dia sendiri tidak mengingati harga tilam tersebut kerana dia membelinya hampir 10 tahun yang lalu.

"Maaf ya jika saya sikit sombong. Katil baru saya bersaiz king yang berukuran sederhana itu pun hampir Rp50 juta (RM14,000). Jadi cuba fikirkan kalau sebesar ini. Jika saiz 5 meter ini berapa harganya?" soal Jessica.

"Maaf, saya tidak tahu. Saya sudah lupa kerana saya beli katil ini hampir 10 tahun lalu," jawab Nia Ramadhani.

"Saya rasa harganya mencapai hampir Rp200 juta (RM59,000)," ujar Jessica. SUMBER- KapanLagi.com

Nia Ramdhani , mewah

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain