suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curi perhatian peminat, Chanyeol tampil serba 'pink' dalam MV 'Obsession'!

Tampil kelainan, Chanyeol menggayakan penampilan serba merah jambu.

KHAS buat peminat EXO, EXO kini kembali membuat comeback dengan album keenam mereka berjudul 'Obsession'.

Apa yang menarik lagi apabila agensi naungan EXO sendiri iaitu SM Entertainment baru sahaja berkongsi beberapa foto secara eksklusif disebalik penggambaran muzik video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi wajah Jackson (GOT7) terhadap persembahan Park Jin Young yang berseluar lutsinar tular

Penampilan Chanyeol mencuri perhatian peminat.

Menerusi laman sosial Twitter rasmi EXO, SM Entertaiment membelanja peminat dengan foto-foto tampan idol ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada Suho, Baekhyun, Chen, Chanyeol, Kai dan Sehun.

Berbanding ahli kumpulan yang lain, ternyata penampilan Chanyeol berjaya mencuri perhatian ramai apabila jelas terpancar 'jambunya'.

Ini kerana ketika penggambaran berlangsung, Chanyeol menggayakan busana berwarna merah jambu selain rambutnya turut diwarnakan dengan warna merah jambu 'pastel'.

Penyanyi berusia 27 tahun ini, dilihat sangat tampan apabila penampilannya itu turut dipadankan beberapa aksesori seperti rantai dan cincin berwarna emas, perak dan merah jambu. Apa-apapun ia satu kombinasi yang menarik!

Rata-rata peminat meninggalkan positif serta pujian pada foto ahli kumpulan tersebut. SUMBER- KapanLagi.com

Chanyeol, EXO

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia