suria

Pembantu peribadi arwah Nike Ardilla hidup susah, kutip sampah untuk sara hidup

Bekas pembantu peribadi Allahyarham Nike kini hidup dalam kemiskinan.

BIARPUN pemergian bintang popular Indonesia Allahyarham Nike Ardilla sudah mencecah 24 tahun peminat-peminatnya masih setia dan menunjukkan rasa sayang terhadap penyanyi itu.

Mereka masih mengadakan acara-acara mengenang penyanyi itu terutama setiap kali ulang tahunnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini tidak lucu, saya bukan hantu!” - Melly Goeslaw berang jadi bahan jenaka selebriti di parti Halloween

Baru-baru ini, kelab peminatnya berjaya mencari jejak pembantu peribadi Allahyarham iaitu Umar yang kini hidup dalam kemiskinan.

Menerusi Instagram Melly Goeslow, Umar juga pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi penyanyi dan komposer itu ketika awal kerjayanya.

Melly turut memberitahu Umar seorang pekerja yang setia.

Melly bertemu semula dengan bekas pembantu dia dan Nike baru-baru ini.

"Umar merupakan pembantu Nike, dulu ketika saya baru di Jakarta saya menumpang di rumah sewa Nike.

"Umar uruskan semua dari A sampai Z, ketika Nike meninggal dunia saya juga tidak dapat menghubungi Umar dan mengesan perkembangannya. Kami terputus hubungan.

Kehidupan Umar terumbang-ambing selepas Nike meninggal dunia.

Dia memilih untuk balik ke kampung halamannya.

Melly berkata, dia berasa sedih apabila mendapat tahu Umar kini bekerja sebagai pengutip sampah di kampungnya.

"Tidak boleh diungkap dengan kata-kata, pedihnya hati ini bila tahu Umar masih hidup dan kini menjadi pengutip sampah," ujarnya.

Melly berkongsi berita itu di Instagram miliknya.

Kelab peminat Nike telah mengumpul duit untuk memberi sumbangan kepada lelaki tersebut.

Malah, Melly sendiri terharu dan menyatakan hasratnya untuk memberi sumbangan dan membantu kehidupan Umar.

"Saat saya diberitahu peminat mengumpul dana untuk Umar, kenapa tidak beritahu saya. Insyallah saya boleh bantu.

"Tapi mereka jawab mereka ingin jadi sebahagian daripada keluarga Allahyarham dengan cara menolong orang-orang dalam hidup arwah," ujar Melly.

Nike Ardilla meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan pada 19 Mac 1995.

Penyanyi lagu Mama Aku Ingin Pulang ketika itu berusia 19 tahun.

Nike Ardilla, Melly Goeslow

Artikel Lain