Kamu fikir rumah saya ini 1,000 hektar? - Nikita Mirzani terkejut bil elektrik cecah RM7,000

Foto Nikita Mirzani bersama dua anaknya.

AKTRES kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila bil elektrik rumahnya tiba-tiba sahaja melambung tinggi.

Mesra disapa Niki, dia mengakui sedikit terkejut selepas melihat jumlah bil elektriknya yang mencecah hingga Rp26 juta (RM7,000).

ARTIKEL BERKAITAN: “Untuk jadi sebahagian Indonesia bukan darah keturunan tapi hati kita” - Cinta Laura

ARTIKEL BARKAITAN: Dul Jaelani ganti Ahmad Dhani jadi vokalis Dewa 19

Menurut Niki, bil elektrik yang diterimanya itu melebihi jumlah bil elektrik yang pernah dibayarnya sebelum ini.

Paparan skrin luahan rasa kesal di Instagram Story milik Nikita.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah lambat membayar PLN (Perusahaan Listrik Negara), selalu tepat pada masanya. Tiba-tiba bil bulan ini sebanyak Rp26 juta (RM7,000)," kata Niki ketika ditemui di kawasan Tendean, Jakarta Selatan, pada Rabu.

Selain itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut meluahkan rasa kesal menerusi Instagram Story miliknya dengan beranggapan ia seolah-olah tidak masuk akal.

"Sudah berbulan-bulan bayar bil elektrik seperti biasa dan tak pernah lambat. Selalu saya bayar Rp4 juta (RM1,000) atau Rp5 juta (RM2,000) paling banyak.

"Nah, sekarang ini tiba-tiba sahaja disuruh bayar Rp19 juta (RM5,000). Tanpa bagi sebab apa pun. Dan sekarang tambah pula Rp26 juta (RM7,000). Kamu fikir rumah saya 1000 hektar? Tak masuk akal," katanya pada posting tersebut.

Nikita Mirzani ketika ditemui di kawasan Tendean, Jakarta Selatan, Indonesia pada Rabu.

Jelasnya lagi, bantahan itu dibuat kepada PLN bukan tanpa alasan. Ini kerana, dia berkata dia tidak pernah menggunakan elektrik yang banyak hingga mencecah jumlah itu.

"Tak masuk akal, saya disuruh bayar bil elektrik sebanyak Rp26 juta (RM7,000). Manakala, semalam Rp19 juta (RM5,000)... Apa yang guna itu toyol? Kamu jangan macam-macam ya," tulisnya.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, masih belum terdapat keterangan berhubung perkara ini.

Malah pihak PLN juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung bantahan yang dibuat oleh aktres ini. SUMBER- KapanLagi.com

Nikita, bil, elektrik

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah

Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia