suria

Dul Jaelani ganti Ahmad Dhani jadi vokalis Dewa 19

Dul Jaelani, menggantikan ayahnya yang kini dipenjara dalam kumpulan Dewa19.

ANAK kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Abdul Qadir Zaelani atau lebih dikenali sebagai Dul Jaelani mengakui mengutip banyak pengalaman berharga ketika bergabung dengan kumpulan Dewa 19.

Dul berkata dia mengambil keputusan menggantikan ayahnya yang kini dalam tahanan di LP Cipinang, Jakarta Timur.

Dul Jaelani sertai kumpulan Dewa19 bagi menggantikan ayahnya.

"Ya, sekarang ayah saya masih dalam tahanan. Sementara itu, saya ditugaskan untuk menggantikan posisi ayah saya di Dewa 19. Alhamdulillah dari awal sampai sekarang banyak pengalaman yang saya dapat," kata Dul.

Tambah penyanyi  solo ini, dia mendapat banyak tunjuk ajar serta didikan daripada pemuzik-pemuzik senior yang lain seperti Ari Lasso, Once Mekel dan lain-lain.

Kongsi Dul lagi, selain menyanyi dia juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan selain turut menghasilkan beberapa karya hebat seperti novel, puisi, cerpen dan syair.

"Hobi saya, menulis. Ya novel, puisi, cerpen. Mungkin ketika muzik kurang menenangkan hati, saya mengambil buku dan menulis membuat puisi dan alhamdulillah ada juga yang saya jadikan ia sebagai lirik lagu," kata Dul.

Dul Jaelani bakal keluarkan single terbaharunya berjudul 'Jujur Ingin Kau Tahu'.

Malah lima lagu yang dia nyanyikan adalah pengalaman peribadi yang dia alami dan menuangkan lirik lagu.

Tambah penyanyi ini, dia juga mempunyai keinginan untuk menerbitkan buku hasil penulisannya namun mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjayanya sebagai penyanyi.

Selain bercadang untuk mengeluarkan single terbaharunya pada tahun hadapan.

"InsyaAllah, terdapat satu lagi lagu baru dari saya 'Jujur Ingin Kau Tahu', poster itu sudah siap, klip video masih dalam proses penyuntingan lagi. Insyaallah, awal tahu hadapan akan disiarkan," katanya. SUMBER- Liputan6.com

Dul Jaelani, Dewa19

Artikel Lain