“Untuk jadi sebahagian Indonesia bukan darah keturunan tapi hati kita” - Cinta Laura

Kedua-dua selebriti ini berjaya mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian hingga ke peringkat antarabangsa.

DUNIA hiburan sebelum ini pernah hangat dengan kenyataan penyanyi terkenal Indonesia, Agnez Monica apabila mengakui dirinya tidak berdarah Indonesia.

Kenyataan tersebut dibuat Agnez menerusi satu wawancara dalam sebuah dokumentari Build Series di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Agnez terus dikecam, Anggun minta netizen tak jadi hakim - “Yang paling penting apa? Darah atau pasport Indonesia?”

ARTIKEL BERKAITAN: Agnez Monica berang kenyataan tiada darah Indonesia diputar belit - “Saya tidak boleh memilih DNA tapi sentiasa berdiri untuk negara saya!”

Menarik perhatian ramai lagi, apabila salah seorang artis wanita Indonesia, Cinta Laura, turut memberi respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut.

"Pada pendapat saya untuk menjadi sebahagian daripada negara itu, bukan sahaja dari keturunan kita, tetapi dari hati kita. Saya berasal dari keturunan ayah dari Jerman dan Ibu dari Indonesia," kata Cinta Laura ketika diwawancara dalam satu talk show Rumpi No Secret pada Sabtu.

Berbeza dengan Agnez, Cinta menjelaskan bahawa dia juga mempunyai darah campuran Indonesia-Jerman bahkan turut berbangga menjadi sebahagian daripada Indonesia.

"Tetapi apapun asal usul keturunan saya, saya cinta Indonesia dan saya menghargainya. Malah pada saya, budaya Indonesia itu salah satu budaya yang paling indah di dunia," katanya.

Cinta Laura bangga memiliki darah campuran Indonesia-Jerman.

Cinta sebelum ini pernah menempah nama dalam bidang nyanyian hingga ke peringkat antarabangsa, namun kini memilih untuk kembali ke Indonesia.

Malah penyanyi berusia 26 tahun ini juga meluahkan rasa syukur kerana memulakan kariernya di Indonesia sehingga kini.

Jelas Cinta, dia mempunyai jawapannya sendiri setiap kali ditanya mengenai asal usulnya.

"Jadi apabila ditanya siapa saya, saya mengatakan saya berdarah campuran. Saya orang Indonesia dan Jerman. Kerjaya saya bermula di Indonesia dan sekarang saya ingin tinggal di Indonesia kerana kebudayaannya," kongsi Cinta.

Kata Cinta, dia sangat menghargai budaya serta asal usul ayahnya juga.

"Saya selalu mengatakan saya berdarah campuran. Bukan kerana saya tidak bangga menjadi orang Indonesia tetapi saya sangat sayang dan menghormati budaya dan asal usul ayah saya," luahnya. SUMBER- Liputan6.com

Agnez Monica, Cinta, Indonesia

Artikel Lain