suria

Comel! Kanak-kanak 6 tahun tulis surat khas untuk Kang Daniel supaya cepat sembuh

Surat yang dikirim oleh seorang kanak-kanak kepada Kang Daniel.

COMEL! Seorang kanak-kanak berusia enam tahun menulis sepucuk surat khas buat idolnya Kang Daniel menarik perhatian ramai.

Kang Daniel merupakan salah seorang ahli kumpulan Wanna One, sebelum ini berehat dari industri atas nasihat pengurusannya sebabkan masalah kesihatan mental.

ARTIKEL BERKAITAN: Reaksi wajah Jackson (GOT7) terhadap persembahan Park Jin Young yang berseluar lutsinar tular

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah berkenaan satu foto yang dikongsi oleh penyanyi berusia 22 tahun ini iaitu sepucuk surat hasil tulisan tangan seorang kanak-kanak yang sememangnya comel dan kreatif.

Kang Daniel kini disahkan mengalami masalah kesihatan mental.

"4 Disember 2019, cuaca sangat cerah. Hari ini ibu beritahu saya bahawa oppa Daniel jatuh sakit akibat hujan lebat. Saya sangat sedih. Saya akan berikan payung polkadot kegemaran saya untuk digunakan apabila hujan datang kembali. Ambil vitamin ini dan semoga cepat sembuh," tulis kanak-kanak itu.

Selain itu, terdapat juga bungkusan kecil vitamin dilekatkan pada surat tersebut untuk diberikan kepada Kang Daniel.

Difahamkan, kanak-kanak cilik ini sebelum ini pernah bertemu Kang Daniel semasa penyanyi itu membuat kemunculan di sebuah program radio SBS pada Khamis lalu.

Malah semasa pertemuan itu, kanak-kanak itu turut memuji penyanyi ini dengan berkata 'ternyata anda sangat kacak dari ayah saya'.

Kang Daniel diberi rehat atas nasihat pihak pengurusannya.

Sebelum ini, Kang Daniel dilihat meluahkan rasa yang terbuku di hati berkaitan komen-komen negatif yang diterimanya.

"Sebenarnya ia terlalu sukar untuk saya, Saya sangat penat sekarang serta dia turut meminta agar seseorang tampil membantunya... 'Sesiapa. Tolong selamatkan saya' luahnya.

Selepas beberapa ketika, pihak pengurusannya kemudian memaklumkan bahawa Kang Daniel didiagnosis kemurungan dan mengalami gangguan panik pada awal tahun ini selain tahap kesihatannya sedikit merosot.

Susulan mendapat perhatian ramai, pihak pengurusannya turut memuat kemaskini mengatakan bahawa Kang Daniel akan di beri rehat dalam tempoh tertentu bagi mengembalikan tahap kesihatannya.

Tambahnya lagi, Kang Daniel kini berada dibawah jagaan dan pantauan keluarganya. SUMBER- allkpop

Kang Daniel, kanak-kanak

Artikel Lain