Melly Goeslaw sedia tanggung hidup pembantu arwah Nike Ardilla dan bawa tunai umrah - Bintang Global | mStar

Melly Goeslaw sedia tanggung hidup pembantu arwah Nike Ardilla dan bawa tunai umrah

Melly mahu bawa Umar dan isteri tunai umrah.

KISAH pembantu rumah Allahyarham Nike Ardilla iaitu Umar mendapat perhatian masyarakat apabila dikatakan hidup melarat.

Umar yang ditemui oleh kelab peminat Nike kini berada di kampung halamannya di Tasikmalaya dan bekerja mengutip sampah untuk menyara kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu peribadi arwah Nike Ardilla hidup susah, kutip sampah untuk sara hidup

Kehidupan Umar mendapat perhatian penyanyi dan komposer Melly Goeslaw yang pernah menggunakan khidmatnya suatu ketika dahulu.

Melly berkata, dia mengajak Umar untuk tinggal bersamanya di Jakarta, namun lelaki menolak dan mahu tinggal di kampung halamannya.

Melly kemudiannya bertemu lelaki itu secara peribadi semasa kemunculannya di konsert Ada Apa dengan Cinta di The Pallas, Jakarta pada Rabu malam.

Pembantu arwah Nike Ardilla kini hidup melarat.

Suasana bertukar sayu dan sedih ketika pertemuan berlangsung hinggakan kelihatan Umar beberapa kali pengsan.

Melly juga meluahkan rasa yang terpendam di hatinya untuk menanggung keperluan lelaki itu.

Malah penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta ini turut menawarkan lelaki itu tinggal bersamanya namun dia memilih untuk terus tinggal di kampungnya di Tasikmalaya.

"Di hadapan semua rakan dan media pada malam tadi, saya berjanji untuk menanggung kehidupan Umar selama-lamanya dan Umar akan tetap tinggal di kampung," tulis Melly.

Selain itu, Melly berterima kasih serta bersyukur kepada peminat Nike Ardilla kerana sudi menghulurkan bantuan menemukan dirinya dengan lelaki malang ini.

"Sangat luar biasa, rupa-rupanya ramai yang sayang pada Umar dan ingin meneruskan kebaikan Nike. Ramai rakan saya dari grup WhatsApp juga bersama-sama membantu mengumpulkan sumbangan buat Umar. Kami juga bersetuju membuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan," katanya lagi.

Disamping itu, Melly bercadang menawarkan pakej umrah sebagai tanda hadiah kepada Umar dan isterinya ke Tanah Suci Makkah.

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser