suria

Hailey Bieber minta henti gosip 'perang dingin' dengan Selena Gomez

Hailey berharap netizen berhenti menyebarkan perkara tidak benar mengenai hubungannya dengan Selena.

ISTERI kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Bieber menyalahkan laman sosial yang menyebarkan gosip mengenai 'perang dingin' dia dengan Selena Gomez.

Memetik laporan Hollywoodlife, Hailey turut meminta semua pihak berhenti sebarkan perkara yang tidak benar mengenai mereka.

Menurut Hailey lagi, dia tidak mempunyai masa untuk melayan sebarang 'drama' yang dicipta di laman sosial terutama berkaitan dengan dirinya dan bekas kekasih suaminya.

"Saya rasa, laman sosial memberi aura negatif dan orang mula cipta sesuatu cerita yang tidak benar serta cuba meletakkan kami dalam keadaan tegang.

"Dah tiba masanya, semua kena berubah dan perlu hentikanlah. Semua orang sepatutnya bersatu dan sebarkan aura positif," katanya. 

Artikel Lain