suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vokalis kumpulan LFO meninggal dunia akibat kanser

Devin Lima, vokalis kumpulan LFO meninggal dunia pada Rabu lalu akibat kanser.

VOKALIS kumpulan popular era 1990-an LFO iaitu Devin Lima meninggal dunia pada Rabu lalu ketika usianya usia 41 tahun.

Variety melaporkan Devin meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser tahap empat yang dikesan sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, vokalis kedua LFO, Rich Cronin turut mengejutkan peminat apabila meninggal dunia akibat Lukemia.

LFO terkenal dengan lagu seperti Summer Girls dan Girl on TV pada 1999 dan kumpulan itu pernah merakamkan dua buah album iaitu LFO dan Life Is Good.

Kumpulan itu kali terakhir melancarkan lagu baharu mereka berjudul Perfect 10 tahun lalu dan mereka pernah merancang untuk mengadakan konsert jelajah namun hasrat itu terpaksa dibatalkan selepas Devin mengesahkan dia menghidap kanser.

LFO, Devin Lima

Artikel Lain