suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessie J minta hentikan perbandingan dengan Jenna Dewan

PENYANYI Jessie J yang didakwa kini sedang berkawan rapat dengan Channing Tatum meluahkan rasa kurang senang apabila wajahnya dikatakan mirip bekas isteri lelaki itu iaitu Jenna Dewan.

Jessie yang menegur laporan media berkata, dia tidak bersetuju dengan laporan yang tidak memberi kesan postif kepada masyarakat yang membacanya.

"Saya jarang melihat nama saya muncul di internet dan tidak bersetuju dengan laporan media. Biasanya 99 peratus saya akan mengabaikan gosip tentang diri saya kerana ia bukan hal positif.

"Sayangnya beberapa minggu ini saya melihat berita yang berterusan yang cuba membanding-bandingkan saya dengan wanita cantik lain berdasarkan penampilan dan membuatkan pembaca memilih mana yang lebih cantik.

"Saya ingin membicarakan hal itu dan saya berusahaja mencari hal positif tentang berita itu namun tidak ada," ujarnya seperti dipetik Cosmopolitan.

Jessie turut mengakui kecewa dan malu dengan berita berkenaan kerana setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Katanya, perkara itu juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi mental generasi muda.

Jessie J

Artikel Sebelum

Artikel Lain