suria

Hong Yoon Hwa & Kim Min Ki berkahwin selepas sembilan tahun bercinta

Selepas sembilan tahun bercinta, pasangan ini mengambil keputusan untuk berkahwin.

PELAKON Hong Yoon Hwa dan penyanyi Kim Min Ki akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sembilan tahun bercinta.

Menurut laporan Soompi, pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada Isnin dalam majlis tertutup.

Kata Hang Yoon Hwa, dia tidak sabar untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama Kim Min Ki.

"Bila pertama kali kita keluar bersama sebagai kekasih, saya tidak pernah terfikir mengenai perkahwinan tapi detik ini datang dengan cepat.

"Saya teruja nak melalui kehidupan sebagai suami dan isteri bermula pada hari ini," kata Hong Yoon Hwa.

Hong Yoon Hwa, Kim Min Ki

Artikel Lain