suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cardi B tertekan tubuh kembali kurus selepas bersalin

PENYANYI Rap Cardi B berasa tertekan apabila banyak kehilangan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya Julai lalu.

Cradi B berkata, dia melakukan diet selepas bersalin, namun berat badannya turun secara mendadak sehingga tahap yang tidak diinginkan.

"Saya amat tertekan kerana berat badan semakin turun. Ya pada awalnya memang saya diet untuk kurus selepas bersalin.

"Saya minum teh diet untuk mengurangkan nafsu makan, tapi sekarang terlalu kurus dan saya tidak suka kurus begini," ujarnya di Instagram.

Kata Cardi B dia kini cuba untuk menambah berat badannya semula.

"Selama remaja saya sudah biasa kurus dan saya tidak menyukai tubuh kurus. Saya mahu naik berat badan, sudah cuba namun susah sangat.

"Makin disuruh makan makin saya tiada selera," ujarnya.

SUMBER: GLAMOUR

Cardi B

Artikel Lain