Saluran YouTube Black Pink cecah 10 juta pengikut - Bintang Global | mStar

Saluran YouTube Black Pink cecah 10 juta pengikut

Black Pink mencipta sejarah apabila saluran Youtube mereka mencecah 10 juta pengikut.

KUMPULAN Black Pink mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis dari Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut di saluran YouTube.

Allkpop melaporkan akaun Black Pink mempunyai 10 juta pengikut sejak ia diwujudkan dua tahun lalu.

Jumlah itu turut melayakkan mereka memerima plak pengiktirafan 'Youtube Dimond Play Button' atas kecemerlangan tersebut.

Setakat ini, saluran Black Pink telah memuat naik hampir 180 buah video termasuk muzik video, persembahan konsert dan vlog aktiviti mereka.

Setiap video yang dimuat naik rata-rata mendapat tontontan lebih daripada 20 juta dan muzik video berjudul As If It's Your Last yang dilancarkan setahun lalu mencecah 368 juta tontonan.

Black Pink , Youtube

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain