suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Soyu (Sistar) Menangis Kerana Diet

AHLI kumpulan Sistar iaitu Soyu memberitahu pernah menangis kerana terpaksa menolak perlawaan ibunya untuk makan bersama gara-gara sedang berdiet.

Dia yang menginginkan tubuh yang cantik mengakui terpaksa menjalani diet yang ketat bagi mendapatkan berat badan yang betul-betul dimahukan.

"Saya mengamalkan diet yang agak teruk dan tidak ambil makanan kaborhidrat dan garam sedikit pun.

"Kelmarin ibu datang ke rumah dengan membawakan makanan.

"Saya hanya menemani dia makan dan menangis melihat makanan tersebut kerana tidak boleh melanggar diet yang disedang diamalkan.

"Agak sukar untuk menahan nafsu makan, tapi apakan daya saya perlu melakukan demi kerjaya," ujarnya.

Penyanyi berusia 24 tahun itu memberitahu dia hanya mengambil makanan empat biji telur puyuh, susu rendah lemak dan salat tanpa sos.

Soyu Sistar

Artikel Lain