suria

Lakonan Gal Gadot Lebih Berkesan Di Bawah Pengarah Wanita

Gal Gadot lebih gemar bekerja dibawah pengarah wanita.

PELAKON Gal Gadot mengakui bekerja di bawa arahan pengarah perempuan menjadikan lakonannya lebih berkesan berbanding pengarah lelaki.

Gal berusia 31 tahun itu ternyata lebih menonjol menerusi filem Wonder Woman arahan Patty Jenkins berbanding filem-filemnya yang lain.

"Selama ini saya banyak bekerja dengan pengarah lelaki, ya mereka juga bagus cuma kesan lebih bagus bila bekerja dengan pengarah wanita.

"Komunikasi kami lebih jelas dan tidak perlu banyak bicara. Patty juga seorang yang bijak dan cerdas, dia tahu apa yang dia mahu," ujarnya.

Gal Gadot berkata, Wonder Woman bukan sahaja filem tentang adiwira, malah memberi inspirasi kepadanya dalam memperjuangkan perkara-perkara baik.

Gal Gadot

Artikel Lain