suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Tangga David Beckham & Victoria Retak

HUBUNGAN pasangan romantik Victoria dan David Beckham dikhabarkan sudah pun retak sejak beberapa tahun lalu.

Seperti dipetik Gossipcop, menurut sumber, kemesraan hubungan yang dibina pada 1999 itu hanya sekadar lakonan di hadapan khalayak untuk kepentingan bisnes mereka semata-mata.

Sumber memberitahu, kedua-dua mereka kini sudah tinggal berasingan dan hanya bertemu di majlis-majlis yang melibatkan mereka.

"Jika mereka bukan selebriti, sudah tentu mereka sudah bercerai. Mereka kini sudah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu," ujar sumber.

Sumber turut memberitahu David kini menetap di kawasan South Beach, Florida, manakala Victoria menetap di England bersama keluarganya.

Bagaimanapun, baru-baru ini juga, salah seorang ahli keluarga pasangan ini sudah menafikan berita ini dan menganggap ia sebagai palsu.
David Beckham, Victoria

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain