suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab Peminat Minta Agensi Siasat Foto Changmin

PEMINAT kumpulan TVXQ meminta pihak agensi kumpulan itu, SM Entertainment menyiasat penggunaan gambar salah seorang ahli kumpulan berkenaan Max Changmin yang oleh produksi filem berjudul The Khong Guc di Vietnam.

Kelab peminat yang bertapak di Vietnam itu menyedari penggunaan gambar Changmin ketika kanak-kanak dalam satu adegan upacara kematian untuk filem berkenaan.

Kelab peminat itu turut meminta agar SM Entertainment mengambil tindakan kepada produski terbabit.



"Helo, kami peminat TVXQ dari Vietnam. Hari ini kami ingin memberitahu sesuatu perkara yang boleh mempengaruhi reputasi Changmin di negara ini.

"Sebuah filem berjudul The Khong Guc telah menggunakan fotonya tanpa izin dia dan agensinya. Kami telah hubungi pihak produksi filem dan meminta penjelasan sekaligus meminta mereka untuk meminta maaf secara rasmi.

"Namun, sehingga kini mereka masih tidak memberi maklum balas terhadap masalah ini. Bagi kami ia adalah masalah yang serius," ujar wakil kelab peminat itu.

Mereka juga meminta peminat kumpulan itu menyebarkan perkara tersebut hingga sampai ke pengetahuan pihak agensi.
TVXQ, Max Changmin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain