suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Hadiahkan Mariah Carey Rantai Berlian RM1.9 Juta

Mariah Carey

BEBERAPA waktu lalu, Mariah Carey dan kekasih barunya James Packer mengejutkan ramai orang apabila dikhabarkan sudah mengakhiri perhubungan mereka.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Mariah menafikan khabar tersebut dan mengatakan mereka masih lagi baik bersama.

Malah penyanyi berusia 45 tahun itu membuatkan ramai wanita berasa cemburu apabila dia memuat naik foto menggayakan rantai berlian di Instagram.

Menurut laporan Dailymail, James telah membeli rantai berlian 18 karat tersebut yang dianggarkan bernilai USD$500 ribu (RM1.9 juta) dan ia diberi sebelum Mariah tampil membuat persembahan di Caesars Palace Colosseum, Las Vegas.

Mariah Carey

Artikel Lain