suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jun Ji Hyun Hamil Selepas Tiga Tahun Berkahwin

Jun Ji Hyun

AKTRES Jun Ji Hyun muncul dengan khabar gembira buat para peminatnya apabila dia dilaporkan sedang hamil anak sulung.

Menurut laporan Soompi, agensi aktres tersebut iaitu Dispatch telah memberi kenyataan media bahawa dia kini sedang mengandung 10 minggu selepas tiga tahun berkahwin.

"Ini adalah tempoh permulaan kehamilan Ji Hyun. Dia perlu memberi fokus terhadap kesihatan dan kandungannya.

"Semua kerja seninya akan diperlahankan buat sementara waktu. Terima kasih atas keprihatinan para peminat," kata wakil kepada agensi tersebut.

Ji Hyun kini sedang mempromosikan filem terbaharunya, Assasination. Bagaimanapun dia hanya akan terlibat dengan beberapa promosi filem itu sahaja bagi menjaga kesihatannya.

Aktres itu telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Korea, Choi Jun Hyuk di Hotel Seoul's Shilla pada tahun 2012.

Jun Ji Hyun

Artikel Berikut

Artikel Lain