suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehidupan Mewah 50 Cent Hanya Palsu

50 Cent diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak USD5 juta (RM45 juta) kepada Lastonia Leviston selepas memuat naik rakaman seks wanita berkenaan di laman webnya tanpa kebenaran. Foto AP.

PENYANYI rap 50 Cent baru-baru ini memberitahu Mahkamah Tinggi di New York bahawa kehidupan mewah yang ditampilkan hanyalah palsu.

New York Post melaporkan, 50 Cent mendedahkan kesemua barang mewah seperti kereta Lamborghinis, Bentleys dan Rolls Royces yang digunakan sebenarya adalah kereta sewa.

Malah cincin dan barangan kemas yang sentiasa menjadi imejnya juga dipinjam daripada kedai emas sekiranya dia menghadiri acara hiburan dan persembahan.

"Realitinya saya hanya memiliki tiga rantai emas dan selebihnya dipinjam daripada kedai emas," katanya kepada mahkamah.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis Jackson untuk membayar USD5 juta (RM45 juta) sebagai ganti rugi kepada Lastonia Leviston selepas memuat naik rakaman seks wanita berkenaan di laman webnya.

Penyanyi rap itu membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengurangkan bayaran berkenaan selepas mendakwa tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dijelaskan kepada wanita berkenaan.

Malah penyanyi itu juga sedang dalam permohonan untuk disytiharkan sebagai muflis di atas masalah kewangan yang sedang dihadapinya.

50 Cent mendakwa dia hanya mempunyai nilai kekayaan tidak lebih daripada USD4.4 juta (RM14 juta) dan hanya menerima USD0.10 sen (RM0.37 sen) sebagai royalti hasil daripada 38 juta salinan albumnya yang terjual.

Bagaimanapun, majalah Forbes melaporkan kekayaan 50 Cent dianggarkan berjumlah USD155 juta (RM420 juta).

50 Cent.

Artikel Lain