suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

James Franco Tulis Buku Mengenai Lana Del Rey

James Franco bakal menerbitkan sebuah buku mengenai penyanyi Lana Del Rey.

PELAKON James Franco dilaporkan telah menulis sebuah buku tentang rakannya yang juga penyanyi Lana Del Rey.

People melaporkan buku yang bertajuk Flip Side: Real and Imaginary Conversations with Lana Del Rey turut mendapat sentuhan daripada penulis terkenal David Shields.

Buku 100 muka surat itu bakal dilancarkan pada Mac tahun hadapan.

Lana Del Rey.

Ini bukan kali pertama James menulis tentang Lana, 30, apabila sebuah sajak khas pernah diterbitkan oleh majalah V tulisan aktor itu.

James dan Lana pernah dilaporkan menjalinkan hubungan cinta namun dinafikan kedua-dua belah pihak.

Aktor itu juga dalam satu kenyataan pernah memberitahu ingin berlakon dengan Lana dalam sebuah filem jika berpeluang berbuat demikian.

Lana Del Rey.

Artikel Sebelum

Artikel Lain