suria

Penggunaan Nama 'Elsa' Meningkat Selepas Filem 'Frozen'

Elsa karakter dalam filem Frozen.
SELAIN lagu Let It Go yang menjadi fenomena, salah satu karekter dalam filem Frozen iaitu Elsa paling banyak digunakan.

Menurut The New York Times, nama Elsa banyak digunakan oleh pasangan suami-isteri di Amerika Syarikat yang baharu memiliki cahaya mata.

Pada tahun 2014 lebih seribu bayi perempuan yang dilahirkan diberi nama Elsa.

Perkara tersebut menempatkan nama Elsa menduduki tempat ke-286 dalam senarai nama paling popular di Amerika Syarikat. Sebelum ini nama tersebut tidak pernah menembusi 500 senarai nama popular sejak tahun 1917.

Selain itu, dua karakter lain turut mengalami peningkatan iaitu karakter patung salji Olaf dan Kristoff.

Data ini diperoleh menerusi kiraan terhadap nama pertama bayi yang baharu lahir yang didaftarkan untuk kad keselamatan sosial. Nama tersebut dijangka terus meningkat pada tahun 2015.
Elsa, Frozen

Artikel Lain