suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vic Zhou (F4) Bengang Kekasih Dituduh Hamil

Vic Zhou (kiri) dan Reen Yu
KISAH cinta salah seorang ahli kumpulan F4 iaitu Vic Zhou dan Reen Yu masih lagi menjadi perhatian. Selepas dikhabarkan bakal berkahwin, aktres itu dikatakan hamil pula.

Menurut laporan Toggle, Vic memberi penjelasan bahawa kekasihnya itu tidak hamil seperti yang diuar-uarkan dan dia bengang apabila berita tidak sahih itu disebarkan.

"Saya pernah menghantar Reen ke klinik. Mungkin ketika itu paparazi mengekori kami dan mengandaikan dia hamil.

"Sedangkan kami ke klinik untuk berjumpa pakar kulit. Bukan seperti yang diperkatakan. Saya terkilan dengan berita-berita yang disebarkan," katanya.

Tambah Vic, dia juga ingin segerakan perancangan perkahwinan mereka, namun kerana kesibukan kerja, membuatkan mereka terpaksa menangguh dahulu hasrat tersebut.
Vic Zhou, Reen Yu

Artikel Lain