suria

Pengawal Peribadi Caitlyn Jenner Jadi Perhatian

Caitlyn bersama pengawal peribadinya yang menjadi perhatian ketika berada di New York.

KEMUNCULAN pemenang pingat emas Olimpik, Caitlyn Jenner di New York pada malam Isnin lalu menjadi perhatian peminat apabila muncul bersama pengawal peribadi yang kacak.

Majalah People melaporkan lelaki berbadan sasa itu sentiasa berada di sisi Caitlyn bagi memastikan dia tidak didekati peminat yang ingin bergambar dengannya.

"Jika dahulu Caitlyn tidak pernah mengupah pengawal peribadi ketika keluar rumah kini dia terpaksa berbuat demikian kerana perhatian daripada peminat dan paparazi cukup luar biasa sejak dia berubah menjadi wanita.

"Tetapi tidak sangka pengawal peribadinya juga turut menjadi perhatian dan semua tertanya-tanya mengenasi hal itu," kata sumber.

Caitlyn atau sebelum ini dikenali sebagai Bruce Jenner mengakui beliau adalah seorang transgender dan melakukan kejutan apabila mendedahkan dia mahu menjalani kehidupan sebagai wanita.

Caitlyn Jenner, Bruce Jenner.

Artikel Lain