suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teen Top Hapus Akaun Peribadi Media Sosial Elak Gosip Liar

KUMPULAN Teen Top akan menghapuskan akaun sosial peribadi iaitu Twitter dan Instagram bagi mengelak sebarang gosip liar tentang mereka.

Ketua kumpulan C.A.P, memberitahu perkara itu dilaman sosial miliknya dan meminta maaf kepada peminat sebelum menutup akaun itu.

"Halo Angels. Ini leader C.A.P. sampai saat ini, ada beberapa hal berkaitan akaun media sosial yang membuat peminat bimbang. Saya minta maaf atas hal tersebut. 

"Selepas ini, Teen Top akan menghapus semua akun Instagram dan Twitter peribadi dan kami akan menyampaikan berita melalui akaun rasmi kumpulan Teen Top. 

"Mulai sekarang kami akan menggunakan akaun media sosial hanya sebagai cara untuk komunikasi dengan peminat kami," tulisnya.

Sumber memaklumkan tindakan menghapus akaun sosial peribadi kerana tersebar khabar angin percintaan ahlinya Niel dengan seorang wanita bukan di kalangan selebriti.

Perkara tersebut juga merupakan keputusan yang diambil oleh pihak pengurusan mereka TOP Media yang mahu menjaga reputasi kumpulan itu.

Teen Top

Artikel Lain