suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

A Pink Bakal Tembus Pasaran Jepun

A Pink mahu melebarkan populariti mereka di Jepun.

SELEPAS mengecap kejayaan di negara sendiri, kumpulan K-Pop iaitu A Pink ingin melebarkan karier mereka ke Jepun.

Menurut laporan Soompi, syarikat pengurusan mereka, Cube Entertainment sudah mengaturkan sesi promosi kumpulan itu pada 22 Oktober depan.

Malah single pertama mereka berjudul No No No telah pun mula diputarkan di Jepun dan sambutan diberikan oleh peminat amat menggalakkan.

"Kami ingin dikenali di Jepun dan biarpun lagu No No No telah lama dilancarkan di Korea namun kami memilih lagu tersebut untuk memperkenalkan kami di negara itu kerana ia mempunyai lirik mudah dan senang diingati.

Sebelum ini percubaan A Pink menembusi pasaran Jepun diterima baik apabila kemunculan mereka dalam sebuah persembahan mini dihadiri oleh 2,000 peminat.

Malah media tempatan turut memberikan publisiti terhadap acara itu selain sebuah kelab peminat ditubuhkan sebagai tanda sokongan mereka kepada kumpulan tersebut.

A Pink, No No No.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia