suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Hyori Bakar Foto Kekasih Lama

Lee Hyori semakin bahagia sejak berkahwin dengan Lee Sang Hoon pada September tahun lalu.

SEJAK berkahwin dengan Lee Sang Hoon pada September tahun lalu, ada saja cerita-cerita menarik mengenai penyanyi seksi Lee Hyori.

Terbaharu, menerusi sebuah program bual bicara Magic Talk, Hyori yang menjadi artis undangan bercakap mengenai perkembangan rumahtangganya dan turut mendedahkan telah membakar kesemua foto bekas kekasihnya sebelum mendirikan rumah tangga.

"Kami semakin bahagia! Ada saja aktiviti menarik yang kami lakukan bersama. Kalau nak tahu, sebelum berkahwin, saya mengambil keputusan untuk membakar kesemua foto lama bersama bekas kekasih.

"Ya, suami tahu tentang perkara itu dan dia anggap ia hanyalah momen yang lucu," katanya kepada pengacara program tersebut, Bong tae Gyu.

Program tersebut telah ditayangkan pada Selasa lalu menerusi saluran televisyen SBS.

Lee Hyori, Lee Sang Hoon

Artikel Sebelum

Artikel Lain