Brexit Berpotensi Untungkan Minyak Sawit Malaysia - Niaga | mStar

Brexit Berpotensi Untungkan Minyak Sawit Malaysia

KUALA LUMPUR: Eksport makanan Malaysia khususnya minyak sawit, dijangka meraih peluang perdagangan akibat perubahan yang berlaku susulan Brexit atau tindakan United Kingdom (UK) keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Pengarah Urusan Glenreagh Sdn Bhd, Nordin Abdullah berkata ini sekaligus akan meningkatkan peluang syarikat-syarikat Malaysia yang memiliki kapasiti untuk beroperasi dalam persekitaran peraturan dan persaingan sengit.

"Bukan rahsia lagi ada beberapa negara di EU yang kurang memberi sambutan kepada usaha import minyak sawit atas alasan (dasar) perlindungan.

"Berikutan itu Malaysia kini boleh meneliti semula cara untuk menangani isu itu kerana peraturan serta sikap boleh berubah selepas UK keluar daripada EU," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Menurut Nordin, bagi jangka pendek, kedua-dua ekonomi UK dan EU akan saling bersaing untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan pihak luar.

"Apa yang kita lihat sekarang adalah permulaan rundingan yang dijangka memakan masa selama dua tahun sebelum perjanjian akhir itu dapat dimuktamadkan.

"Malah, agak tidak produktif untuk memberi sebarang reaksi pantas terhadap setiap laporan kerana (hakikatnya) perjalanan ini masih jauh," katanya.

Pada Februari lepas, eksport minyak sawit Malaysia ke EU dan UK masing-masing sebanyak 153,165 tan dan 1,759 tan.-- Bernama

Brexit , minyak sawit

Artikel Sebelum

GCH Retail Buka Cawangan Giant Ke-123

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain