suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirASia Sambung Semula Penerbangan Ke Dhaka

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia telah menyambung semula penerbangan terusnya ke Dhaka dengan jumlah penumpang yang menggalakkan semasa penerbangan sulungnya pada Jumaat.

Ketua komersil syarikat penerbangan itu, Spencer Lee berkata ia menandakan tambahan kepada rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, terutama ke Asia serta lebih jauh lagi untuk para pelanggannya.

"Oleh kerana Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan dua hala yang sedia ada dan kukuh, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kami di AirAsia berbangga dapat menyokong hubungan ini dengan menyediakan jambatan di antara kedua-dua negara melalui perkhidmatan penerbangan harian kami yang terbaik di dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi membolehkan pengalaman membuat tempahan yang lancar, syarikat penerbangan tersebut telah memperkenalkan sistem tempahan yang dipertingkatkan melalui laman web dengan kaedah pembayaran yang lebih cepat, navigasi yang lebih mudah serta keupayaan untuk mengambil dari carian terakhir pelanggan.

Dhaka yang merupakan sebuah kota raya dengan 18 juta penduduk, merupakan di antara bandar yang terbesar di dunia.

AirAsia, Dhaka

Artikel Berikut

Artikel Lain