suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

DPMM Perlis Usahakan Tanaman Padi Di Kemboja

KANGAR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perlis akan mengusahakan projek tanaman padi seluas 100 hektar di Wilayah Kampung Tom, Kemboja.

Timbalan Yang Dipertua DPMM Perlis, Harun Mahmud berkata projek itu akan bermula November ini dengan jangkaan keuntungan kira-kira RM200,000 semusim.

"Setiap sehektar sawah dijangka dapat menghasilkan enam metrik tan padi dan keuntungannya diramalkan cerah memandang sewa tanah dan upah tenaga kerja yang murah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata tanah di wilayah terbabit amat subur dan mempunyai potensi tinggi untuk menjayakan projek berkenaan.

Harun berkata kerajaan Kemboja mengalu-alukan pelaburan DPMM Perlis kerana kawasan berkenaan mempunyai 1,200 hektar tanah sawah yang tidak diusahakan.

Hasil padi yang diusahakan itu akan dieksport ke Malaysia yang lebih terjamin pasarannya, katanya.

DPMM, Perlis, Kemboja

Artikel Lain