Rajawali Hanya Akan Terima 2.55 Peratus Pegangan Dalam FGV - Niaga | mStar

Rajawali Hanya Akan Terima 2.55 Peratus Pegangan Dalam FGV

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada Jumaat menegaskan bahawa ia hanya akan memperuntukkan 2.55 peratus pegangan kepada Rajawali Corporation dari Indonesia seperti perjanjian yang diumumkan pada 12 Jun.

"FGV ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang persetujuan mengenai peningkatan pegangan dibuat ataupun sebarang perbincangan diadakan pada masa ini," kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah bagi menjelaskan tentang laporan agensi berita bahawa Rajawali menyasar sekurang-kurangnya 21 peratus pegangan dalam FGV.

Rajawali merancang meningkatkan pegangannya sekiranya FVG memutuskan untuk mendapatkan pegangan kawalan dalam PT Eagle High Plantations Tbk di mana Rajawali ketika ini merupakan pemegang saham utama dengan menguasai 65.54 peratus kepentingan ekuiti.

Mohd Emir berkata FGV ketika ini sedang melalui proses usaha wajar yang perlu dan tidak merasakan spekulasi pada masa ini produktif atau membantu.

Beliau juga berkata FGV memberikan penekanan utama komitmennya kepada pemegang sahamnya terutamanya masyarakat peneroka bagi meningkatkan kepentingan ekonomi mereka.

"Dan, hak pemilikan mereka kepada tanah mereka dilindungi dengan baik menerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)," katanya sambil menambah sebarang penjelasan lanjut mengenai perjanjian itu boleh disahkan dengan bahagian Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Korporatnya.

FGV , Rajawali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Yapeim Tambah Dua Cawangan Ar Rahnu

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain