suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boeing Mula Pasang 737 Max

KUALA LUMPUR: Pekerja Boeing di Renton, Washington, mula membina pesawat perintis 737 MAX, dengan komponen pertamanya, sayap, turut dipasang dalam proses itu.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden dan Pengurus Besar 737 MAX, Keith Leverkuhn, berkata pelaksanaan mengikut jadual yang sangat penting itu membuktikan kejayaan 737 dan Boeing menyepadukan pasukan reka bentuk dan pembinaan.

737 MAX menggabungkan teknologi terkini dan penambahbaikan lain bagi menyediakan kecekapan terbaik, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang dalam pasaran pesawat satu lorong.

Mulai 2017, pesawat baharu satu lorong akan menjimatkan 20 peratus penggunaan bahan api berbanding generasi akan datang pertama 737 dan kos operasi paling rendah dalam kelasnya, dengan kurang lapan peratus tempat duduk berbanding pesaing terdekatnya.

Setakat ini, 737 MAX menerima 2,720 tempahan daripada 57 pelanggan di seluruh dunia.

Boeing, 737 Max

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain