suria

“Dia orang paling boring dalam dunia” - Isteri hilang semangat, 16 tahun kahwin semua ajakan suami kata ‘tak nak’

Segelintir suami bersikap lepas tangan dan membiarkan isteri membuat persiapan raya sendirian. -Gambar hiasan

HARI Raya Aidilfitri merupakan peluang terbaik untuk kita meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Namun, seorang pengguna media sosial membuat luahan tentang sikap suaminya yang tidak bersemangat untuk meraikan lebaran.

Lebih menyedihkan, dia berkata suaminya juga tidak mahu terlibat dalam persiapan raya keluarganya.

Tugas membersihkan rumah biasanya sering dilakukan oleh isteri. -Gambar hiasan

"Saya hilang semangat nak raya, hilang harapan. Saya ada suami yang paling 'boring' dalam dunia ni. 

"Ajak beli baju raya tak nak. Ajak pergi bazar raya pun tak nak. Ajak hias rumah sikit pun tak nak. Ajak cari barang-barang raya tak nak.

"Nak masak sedap sikit, pun tak nak. Pasang lampu raya tak nak. Beli kuih raya, ambil gambar raya tak nak," tulisnya.

Saya ada suami yang paling boring dalam dunia ni. 

ISTERI

Luahan wanita itu dikongsi menerusi aplikasi Threads sebelum ia ditularkan ke TikTok.

Menurut wanita itu, dia sudah 16 tahun berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

"Yang dia (suami) tahu, puasa, tidur, mandi, main phone. Selama 16 tahun kahwin, saya buat semua benda. Saya set up semua benda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak jadi bini kena bijak” - Wanita puas hati dapat beli baju raya sendiri RM400 sepasang, suami punya RM60 je

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri harap sangat suami bagi duit raya, rancang mogok kalau tak dapat... Beza dengan wang belanja bulanan

"Tak ada satu barang pun dalam rumah yang dia susun. Semuanya hasil kerja saya. Saya dah penat, penat teramat sangat.

"Saya hanya nak motivasi untuk bangkit semula," luah wanita itu lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen mempertikaikan wanita itu yang sanggup bertahan sepanjang perkahwinannya.

Malah, ada yang turut memberi saranan agar wanita itu mencari kebahagiaan sendiri, termasuklah dengan jalan perpisahan.

Suami yang baik tidak akan membiarkan isterinya bersusah payah melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

"Minta duit je sis. Dia tak nak, dia punya pasal. Janji duit cukup.

"Kenapa tunggu sampai 16 tahun sis?

"Bagi peluang lelaki lain bahagiakan awak. Stay pun bukannya awak gembira.

"Pulangkan kat mak dia, letih ada suami macam ni," tulis netizen.

 

Artikel Lain